Rabu, 23 November 2016

Penyelenggaraan Kampus Astro




Untuk melaporkan kerosakkan kampus astro maklumat yang perlukan adalah seperti berikut :

Nama sekolah
Alamat Sekolah
No Akaun kampus Astro
Nombor Smart Kad
Nombor Astro Decoder
Nama penuh dan telefon guru yg. Bertanggungjawab.

LAPORAN KEROSAKAN ( Melalui surat, e-mail, tel atau faks)
Melalui surat rasmi ke alamat
- Yayasan Astro kasih
All Asia Broadcast Centre
Technology Park Malaysia,
Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur

Melalui email
wecare@astro.com.my
cc : kabks.btp@gmail.com

Melalui Telefon Hotline
1-300-82-0001
Faks 03-95436868

download surat panyelenggaraan kampus astro




Selasa, 22 November 2016

MAJLIS PENYERAHAN TEACHER DATA PLAN 1BESTARINET FASA 2








Pada 22 November 2016, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Teacher Data Plan 1Bestari Fasa 2 bertempat di Dewan Dato Abu Hasan Banggunan UMNO Kuala Selangor . Program ini melibatkan agihan Smartphone Yes Altitide dan Data Plan 2GB untuk 53 sekolah yang mempunyai liputan rangkaian 4G di daerah Sabak Bernam. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor YB Dato' Seri Hj. Irmohizam Bin Ibrahim dan bantu oleh JPN Selangor, BTPN Selangor, PPD Sabak Bernam, PKG Daerah Sabak Bernam dan syarikat YTL Communication Sdn. Bhd.

 Dengan adanya kemudahan akses intenet 4G yang dibekalkan, semua guru di sekolah dapat menggunakan kemudahan ini untuk PdP kearah pendidikan bestari.

Khamis, 11 Ogos 2016

SALAM UKHWAH FILLAH



Fikrah yang jelas membuatkan hidup lebih terarah. Seperti mana sebuah pelayaran, sudah pasti ada hala tujunya. Begitulah diibaratkan kehidupan kita sebagai hamba ALLAH di dunia yang fana ini. Pelayaran kita telah bermula sejak dilahirkan lagi. Pelayaran yang perlu dikaut sebanyaknya sebagai bekalan untuk disimpan dan digunakan pada penghujung pelayaran.



Salam Perkenalan,

Wan Mohd Farik Bin Hassan
Pegawai Teknologi Pendidikan 2
PKG Sabak Bernam